Tuesday, June 30, 2009

Perksakan Pengetahuan Anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apakah yang dimaksudkan dengan perkasakan pengetahuan anda??

Maksud ayat tersebut ialah kita mestilah menjadi seorang yang suka menimba ilmu atau dalam erti kata lain jadilah seorang yang suka menerima maklumat baru.

Untuk jadi seorang yang berpengetahuan ialah dengan cara membaca,mendengar dan melihat.

Pilih la sesuatu bahan yang anda suka untuk baca ataupun sesuatu yang anda minat. Sebagai contoh jika minat anda cenderung terhadap Engineering carilah buku-buku yang berkenaan, serta tonton rancangan-rancangan yang mengandungi unsur-unsur engineering , Discovery Channel cnthnya.

Untuk pengetahuan anda , anda boleh jadi seorang profesional dengan hanya membaca.

Btul ke???

YA! Menurut kajian, seseorang itu akan menjadi profesional serta mahir apabila dia habis membaca 40 buah buku.

Ambil peluang ini dengan banyakkan membaca supaya kita tidak menjadi seorang yang berlagak pandai.

Cuba anda fikir seorang Billionire hartanah iaitu Donald Trump juga masih membaca mengapa tidak KITA?? Logiknya di sini ialah, sebab itu dia boleh berada pada kedudukan itu sekarang berbading dengan kita.

"Seorang yang bijak tidak akan fikir dirinya bijak, manakala orang yang BODOH! merasakan dirinya bijak." Renungkan..

Sunday, June 28, 2009

"Money Is Coming To Me"

"Money is coming to me!" YA!! Duit sedang datang kepada kita!

Lihat video dibawah..

Apabila anda menonton video dibawah ini anda harus membayangkan bahawa duit yang anda kejar telah pun anda perolehi. Percayalah!! ini adalah salah satu cara utuk menarik duit terhadap diri kita!! njoy!!

Sunday, June 21, 2009

Boleh ke tidakkk??

Pertama sekali berkenaan boleh ke tidak ni saya tidak perlu ulas panjang-panjang, kerana seperti yang anda semua tahu, Allah S.W.T telah menjadikan kita hamba di muka bumi ini adalah untuk menjadi Khalifah yang bersifat pepimpin.

Oleh itu tidak perlu untuk anda risau tentang boleh atau tidak. Sebagai contoh kenapa hari ini seorang yang cacat penglihatannya telah berjaya menjadi seorang pakar ekonomi di dalam Malaysia??

Kenapa hari ini seorang pemain bola sepak Manchester United iaitu Paul Scholes berjaya cipta nama di kelab itu sedangkan beliau menghidap athma(asma/lelah) ?

Kenapa seorang penjual sayur berjaya menjadi orang terkaya di Malaysia iaitu Lim Goh Tong pemilik Genting Highland?

Kenapa???

Semua ini adalah berbalik kepada kehendak kita atau dengan kata lain NAK ATAU TIDAK?
Pepatah ada mengatakan "Di mana ada kemahuan Di situ ada jalan"

Jadi nasihat saya adalah untuk menjadi seorang yang dapat memenuhi kehendak dan impian sendiri anda perlu:-

-Kehendak/Matlamat/Impian anda mestilah jelas sebagai contoh. Jika anda kata "saya sangat mengimpikan sebuah kereta 'sport'." Kereta 'sport' sahaja tidak mencukupi untuk menjelaskan matlamat anda itu. Anda seharusnya menjelaskannya "saya impikan sebuah kereta sport jenis Subaru Impreza Version 8 warna biru."

-Jangan tunggu impian anda itu jatuh dari langit

Secara rumusannya ialah diri anda adalah segala-galanya di atas muka bumi ini bagi memenuhi kehendak anda itu. Berjuanglah!!

Saturday, June 20, 2009

first thing first!!

Tahukan Anda?! -Bahawa di dalam dunia zaman ini ada 3 golongan:-

>Golongan orang kaya(B)
>Golongan pertengahan/sederhana(S)
>Golongan miskin(I)

Golongan kaya=Jutawan,Billionaire,Raja dan seumpamanya.
Golongan pertengahan/sederhana= Pakar,pekerja syarikat, bisnes kecil-kecilan dan seumpamanya.
Golongan Miskin=gaji bawah RM10k

Ketahuilah anda menurut kajian dari pakar-pakar ekonomi dunia , pada masa sekarang golongan-golongan yang berada di peringkat pertengahan adalah bilangan yang semakin berkurang di atas muka bumi ini. (kenyataan ini telah pun dikeluarkan di New York TIMES)

Ini adalah kerana golongan-golongan kategori (B) bukan menjadi semakin ramai tetapi mereka menjadi semakin kaya dan golongan-golongan kategori(I) menjadi semakin miskin serta jumlahnya semakin meningkat.

Mengapa perkara ini berlaku??
Kita akan bincangkan pada hari esok. Teruskan membaca serta mendapatkan info-info terkini dari blog ini.

Support Malaysian economy by beeing Milionaire!!!

Friday, June 19, 2009

Jom Follow!

Mari lah kita bersama-sama menjadi followers blog ini.

Kelebihan-kelebihan followers:-

-dapat mengetahui kaedah-kaedah untuk menjana pendapatan.
-dapat perkhidmatan mentor kearah kejayaan secara personal.
-dapat mengetahui program-program yang bakal diadakan
-mendapat hak kebebasan bersuara,berkongsi pendapat,melontarkan idea dan banyak lagi.

Ianya mudah!

Tokoh Jutawan !

Secara asasnya laman blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai terutama kepada golongan muda, untuk mendapatkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang pengurusan kewangan, cara-cara menjadi seorang yang berjaya, dan banyak lagi yang ingin dikonsikan.

Sebelum kita pergi jauh pertama sekali saya paparkan tokoh2 jutawan yang ada di muka bumi ini supaya anda menjadikan mereka sebagai rujukan.

Berikut adalah tokoh2 jutawan yang saya kagumi. Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jutawan seperti mereka? jika tidak seperti mereka pun, pernahkah anda terfikir untuk menjadi seorang jutawan atau seorang yang berjaya?


Hebatkah mereka?

Perhatikan gambar tokoh di sebelah adakah anda mengenali mereka?

Dari kiri nama beliau ialah Bill Gates. Beliau merupakan seorang jutawan perisian komputer iaitu Microsoft. Pernahkah anda mendengar nama beliau ? Sudah tentu ya! Beliau merupakan orang yang terkaya di dunia.

Dua dari kiri nama beliau ialah
Donald Trump. sudah pasti anda pernah dengar nama beliau bukan? beliau tidaklah sehebat Bill Gates malah tidak tersenarai dikalangan 100 orang terkaya dunia. Beliau terkenal menerusi program the Apprentice yang ditayangkan di televisyen. Donald Trump merupakan seorang jutawan dari bidang hartanah.


TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tokoh di atas merupakan seorang jutawan melayu terkaya di Malaysia. Nama beliau ialah TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Secara asasnya beliau menjadi jutawan dalam bidang penjualan pengangkutan.

Ketahui kisah seorang jutawan ini yang bermula dengan keadaan yang susah. Beliau tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi beliau berjaya membuktikan bahawa beliau juga boleh berjaya.

klik di sini untuk biografi beliau


Irfan Khairi

Tokoh jutawan diatas pula merupakan seorang jutawan muda. Nama beliau ialah Irfan Khairi. Beliau bergelar jutawan semasa beliau berumur 25 tahun. Irfan Khairi menjadi seorang jutawan dengan perniagaan internet.

Ketahui rahsia beliau serta kisah-kisah menarik beliau di:-
- http://www.irfankhairi.com/
-http://www.rahsiainternet.com/

Sudahkah minda anda terbuka?

Jika anda semua perhatikan semua tokoh-tokoh yang telah saya paparkan, anda akan mendapati bahawa mereka semua berjaya menjadi seorang jutawan dengan satu bidang yang sama iaitu PERNIAGAAN.

Ikuti blog saya sekiranya anda ingin menjadi seorang yang berjaya!!

SEKIAN!!