Friday, July 31, 2009

You are the GREATEST human beeing among the human race!

Ya! aku adalah manusia paling hebat berbanding yang lain..!! (sebutkanya 40x)

Ayat tersebut sebenarnya adalah terjemahan dari Al-Quran. Sedarlah bahawa kita adalah manusia terhebat di muka bumi ini(penekanan lebih terhadap golongan muda).

Tapi apa yang saya lihat dalam perjalanan saya sebagai seorang anak muda adalah, ramai diantara kita tidak mempunyai satu tujuan yang sepatutnya mereka kejar dikala usia muda ini.

Mereka lebih gemar menjalankan hubungan sosial yang tidak bermotif disamping menghabiskan fulus a.k.a wang(wang siapakah yang mereka gunakan???). Kehidupan sosial mereka membawa kepada kehancuran generasi muda kita pada zaman ini dan pada zaman akan datang.

Adakah golongan seperti ini yang Malaysia perlukan?? Bukankah pemimpin akan datang terdiri daripada generasi muda ini??? Cuba renungkan sejenak....

Oleh itu saya ingin menyeru supaya generasi muda ini BANGKITLAH dari kegelapan yang sedang menyelubungi diri anda. Marilah kita menjadi generasi muda yang bermatlamat dan menjalankan kehidupan harian kita sebagai satu ibadah maloah satu PERJUANGAN!!

Tidak kisah jika anda berlatar belakang apa sekalipun, perjuangan mesti menjadi pegangan hidup anda!!

SEMARAKKAN darah muda yang mengalir di dalam diri anda memperjuangkan sesuatu untuk negara!!

Sekali lagi BANGKITLAH!!SEDARLAH!!! wahai generasi yang seangkatan denganku bersama kita memperjuangkan AGAMA,EKONOMI,BANGSA, dan NEGARA Malaysia!!!

Akhir kata janganlah kita berasa diri kita berada di dalam keadaan yang selesa tetapi sedarkah anda bahawa keselesaan inilah yang menjajah generasi kita sekian lama.. BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA!!!

Tuesday, July 14, 2009

"Kesedaran Politik"

Assalamualaikum dab salam sejahtera,

Kesedaran politik?? Baiklah sebenarnya saya bukan ingin menyampaikan maklumat ini tetapi saya ingin menyampaikan Ideologi saya tentang kesedaran politik.

Jika anda lihat pada tajuk itu sendiri iaitu "Kesedaran politik" bahawa ,wajib ke atas setiap individu harus terbit di akal fikiran suatu pertanyaan tentang, Sedarkah aku??

-Adakah kita sedar tentang perkara ini?

-Adakah kita diperbodohkan oleh media-media?

-Ke manakah hak-hak kita? dan lebih penting sekali adakah kita tahu hak kita sebagai rakyat????

Berbalik kepada tajuk utama, sebenarnya ideologi baru yang ingin saya sampaikan ialah mengapa di peringkat Pengajjian Tinggi kita tidak di dedahkan tentang:

perkara asas Undang-undang negara
- hak-hak sebagai rakyat

Bagi saya ilmu-ilmu sebegini adalah penting bagi pelajar-pelajar di peringkat Pengajian Tinggi mengetahui dengan jelas supaya mereka dapat menentukan siapakah yang sepatutnya memerintah negara.

Saya berpegang kepada satu prinsip bahawa, sebelum kita membuat keputusan kita mestilah faham sedalam-dalamnya tentang keputusan yang hendak dibuat.

Dengan ilmu-ilmu sebegini baru lah kita sebagai rakyat tidak di pijak oleh pemerintah kita dengan mereka mengaut keuntungan yang melampau untuk kepentingan masing-masing.

Wednesday, July 1, 2009

"The Climb"

Pernahkah anda mendengar lagu dari Miley Cyrus tajuknya "The Climb"??

Hayati betul-detul tajuk lagu tersebut seketika.



"The Climb" atau satu pendakian melambangkan graf hidup kita sebenarnya. Apabila mendaki seperti semua orang tahu bahawa ianya bermula dari bawah dan naik ke atas. Sepatutnya kehidupan harian kita adalah seperti suatu pendakian.

Jika anda fikir logik mengapa anda semua di sarankan supaya membayangkan hidup ini adalah satu pendakian adalah disebabkan pepatah ini "Hari ini mesti lebih baik dari semalam, dan Esok mesti lebih baik daripada hari ini."

Muhasabah diri kita agar kita menjadi seorang yang semakin hari semakin meningkat dari segi apa yang kita lakukan dan suka.

Tetapi mengapa terdapat juga orang yang tergelincir ketika mendaki dalam erti kata lain , mengapa terdapat juga penurunan kualiti kita hari ini berbanding dengan semalam??

Nantikan ulasanya esok... daaa... huhu..