Tuesday, July 14, 2009

"Kesedaran Politik"

Assalamualaikum dab salam sejahtera,

Kesedaran politik?? Baiklah sebenarnya saya bukan ingin menyampaikan maklumat ini tetapi saya ingin menyampaikan Ideologi saya tentang kesedaran politik.

Jika anda lihat pada tajuk itu sendiri iaitu "Kesedaran politik" bahawa ,wajib ke atas setiap individu harus terbit di akal fikiran suatu pertanyaan tentang, Sedarkah aku??

-Adakah kita sedar tentang perkara ini?

-Adakah kita diperbodohkan oleh media-media?

-Ke manakah hak-hak kita? dan lebih penting sekali adakah kita tahu hak kita sebagai rakyat????

Berbalik kepada tajuk utama, sebenarnya ideologi baru yang ingin saya sampaikan ialah mengapa di peringkat Pengajjian Tinggi kita tidak di dedahkan tentang:

perkara asas Undang-undang negara
- hak-hak sebagai rakyat

Bagi saya ilmu-ilmu sebegini adalah penting bagi pelajar-pelajar di peringkat Pengajian Tinggi mengetahui dengan jelas supaya mereka dapat menentukan siapakah yang sepatutnya memerintah negara.

Saya berpegang kepada satu prinsip bahawa, sebelum kita membuat keputusan kita mestilah faham sedalam-dalamnya tentang keputusan yang hendak dibuat.

Dengan ilmu-ilmu sebegini baru lah kita sebagai rakyat tidak di pijak oleh pemerintah kita dengan mereka mengaut keuntungan yang melampau untuk kepentingan masing-masing.

No comments:

Post a Comment