Friday, November 13, 2009

Tentang Anwar Ibrahim

well... terasa panas lak biler terbace brite-berita buruk dan khabar-khabar angin tentang Anwar Ibrahim...

Kalo korang nk taw ape berita buruk tu kat sini : http://www.anwaraidc.com/2009/11/anwar-ibrahim-dilantik-penasihat-ekonomi-selangor.html#more

well.. think big la people... sumer tuduhan-tuduhan yg dilemparkan memang utk org yg cetek IQ dan org yg menerimanya jgk cetek IQ..

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah pn berjabat tangan dengan Anwar Ibrahim, mahupun bercakap dengan beliau. Tapi apa yg saya kesalkan.. tuduhan-tuduhan seperti, Anwar Ibrahim mempunyai Rm3billion, rancangan jahat Anwar, pengkhianat dll adalah tidak berasas. Tuduhan-tuduhan sebegini dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan pihak-pihak yang TAKUT!!

Takut akan apa?? mereka-mereka ini takut akan kebenaran dibongkarkan bagi menjaga kepentingan politik mereka.

Kes RM3billion.
Ini tuduhan siapa?? mengapa tuduh sebegini?? apa bukti si penuduh?? wahai pembaca-pembaca yang cerdik pandai.. sudah terang lagi bersuluh tuduhan sebegini hanya bersifat sementara bagi mencemarkan imej beliau. Sekarang ada x lagi kes ini disebut-sebut. Anwar hanya menjawab dengan simple.. "siasatla kalau benar ada RM3billion".. HARAM sekor makhluk pn yg brani pegi siasat.. "berani kerana benar takut kerana salah" di sini, Anwar dah mengambil tindakan berani dengan membenarkan dirinya disiasat..

Ada menteri dituduh terlibat dalam kes pembunuhan warga monggolia tapi x berani pn bg jawapan "siasatlah saya".. ini= TAKOT KERANA SALAH!!

Kes Pengkhianat
Adui.. letih la dengan permainan budak-budak macam ni. Apa pengkhianatan yang telah dilakukan?? berapa besar impaknya?? apa buktinya?? Come On la bro/sis.. Anwar sendiri dikatakan orang melayu. Melayu mana yang sanggup gadaikan bangsanya sendiri?? Apa yang dilakukan hanyalah untuk berkongsi hasil samarata dengan semua kaum..mahupun berbeza agama.. salah ke??

Dalam Al-Quran pn ade menyebut memberi layanan yang baik dan adil kepada orang bkn Islam. Subjek ni pn saya ada belajar masa di sekolah menengah. Adil bermaksud sama rata.

siapa sebenarnya pengkhianat ?? dengan memperkenalkan pembelajaran dalam bahasa inggeris untuk matematik dan sains.. ini adalah soal bahasa.. dah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Tapi kalau dah sistem pembelajaran pn bahasa melayu x jadik priority macam mana nk penuhi tuntutan perlembagaan.. DEYY!! siapa y khianat deyy??? akai ada...??

oleh itu saya menyeru rakyat Malaysia utk berfikir la dengan terbuka. sebelum membuat penilaian tenteng sesuatu kenyataan, dapatkanla keterangan dari kedua-dua belah pihak. baru la adil.... kalo anda hanya menerima keterangan sebelah pihak.. anda jangan jadik rakyat malaysia.. jgn kata nk jadi rakyat malaysia, nk jadi ketua keluarga pn xboleh.........

Wednesday, October 14, 2009

Tanggungjawab sebagai rakyat!!

Bertemu kembali, kupasan kita pada hari ini ialah berkaitan dengan Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia terhadap pucuk pimpinan.

Bagi mengupas tajuk ini kita mestilah mengaitkanya dengan keadan arus politik negara kita masa kini. Ini bermakna kita bukan disuruh berpolitik tetapi kita diwajibkan untuk mengundi bagi mendapatkan segala kelebihan dan kekayaan yang bumi Malaysia ini hasilkan senagai contoh emas,perak,minyak,bijih timah dan lain-lain untuk dikongsikan bersama.

Oleh itu, sebenarnya tanggungjawab kita dari sudut politik adalah hanya satu usaha yang kecil tapi memberi makna yang besar iaitu mengundi. Mengikut pandangan saya, seorang pengundi diibaratkan sebagai seorang hakim yang menilai perlakuan dan tindakan pemimpin-pemimpin kita. Sebagai seorang yang menilai kita seharusnya melihat dan mendengar penjelasan,perlakuan,pembangunan, dan pelbagai lagi yang telah dilakukan pemimpin kita termasuk pembangkang.

Bagaimana agaknya sesebuah negara yang ditadbir oleh kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang???

Jadi kita sebagai rakyat malaysia janganlah jadi orang yang dibutakan penglihatan kita dan dipekakkan pendengaran kita. Kita mesti menilai politik di Malaysia ini dengan penuh intelektual dengan cara:-

-menonton televisyen dan youtube(malaysiakini)
-membaca UTUSAN,Harakah,SuaraKeadilan,HarianMetro,SinarHarian

Maksudnya, kita hendaklah menilai kenyataan dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dan pembangkang.

Selepas anda berbuat demikian, barulah anda boleh menilai... kerana sistem di Malaysia ini amat-amatlah berat sebelah...kerana pihak pembangkang tidak dibenarkan menjelaskan isu-isu hangat di media televisyen Malaysia.

Kalau keadaan begini berterusan, bagaimana rakyat hendak menilai?? Sudah tentu siapa yang menonton telivisyen akan menyokong kerajaan. Ini adalah kerana media-media ini akan terus menyiarkan berita-berita yang menampakkan bahawa kerajaan ini seolah-olah mereka adalah yang terbaik.

renung-renungkanlah wahai rakyat malaysia........rakan-rakanku.....

Friday, July 31, 2009

You are the GREATEST human beeing among the human race!

Ya! aku adalah manusia paling hebat berbanding yang lain..!! (sebutkanya 40x)

Ayat tersebut sebenarnya adalah terjemahan dari Al-Quran. Sedarlah bahawa kita adalah manusia terhebat di muka bumi ini(penekanan lebih terhadap golongan muda).

Tapi apa yang saya lihat dalam perjalanan saya sebagai seorang anak muda adalah, ramai diantara kita tidak mempunyai satu tujuan yang sepatutnya mereka kejar dikala usia muda ini.

Mereka lebih gemar menjalankan hubungan sosial yang tidak bermotif disamping menghabiskan fulus a.k.a wang(wang siapakah yang mereka gunakan???). Kehidupan sosial mereka membawa kepada kehancuran generasi muda kita pada zaman ini dan pada zaman akan datang.

Adakah golongan seperti ini yang Malaysia perlukan?? Bukankah pemimpin akan datang terdiri daripada generasi muda ini??? Cuba renungkan sejenak....

Oleh itu saya ingin menyeru supaya generasi muda ini BANGKITLAH dari kegelapan yang sedang menyelubungi diri anda. Marilah kita menjadi generasi muda yang bermatlamat dan menjalankan kehidupan harian kita sebagai satu ibadah maloah satu PERJUANGAN!!

Tidak kisah jika anda berlatar belakang apa sekalipun, perjuangan mesti menjadi pegangan hidup anda!!

SEMARAKKAN darah muda yang mengalir di dalam diri anda memperjuangkan sesuatu untuk negara!!

Sekali lagi BANGKITLAH!!SEDARLAH!!! wahai generasi yang seangkatan denganku bersama kita memperjuangkan AGAMA,EKONOMI,BANGSA, dan NEGARA Malaysia!!!

Akhir kata janganlah kita berasa diri kita berada di dalam keadaan yang selesa tetapi sedarkah anda bahawa keselesaan inilah yang menjajah generasi kita sekian lama.. BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA!!!