Wednesday, October 14, 2009

Tanggungjawab sebagai rakyat!!

Bertemu kembali, kupasan kita pada hari ini ialah berkaitan dengan Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia terhadap pucuk pimpinan.

Bagi mengupas tajuk ini kita mestilah mengaitkanya dengan keadan arus politik negara kita masa kini. Ini bermakna kita bukan disuruh berpolitik tetapi kita diwajibkan untuk mengundi bagi mendapatkan segala kelebihan dan kekayaan yang bumi Malaysia ini hasilkan senagai contoh emas,perak,minyak,bijih timah dan lain-lain untuk dikongsikan bersama.

Oleh itu, sebenarnya tanggungjawab kita dari sudut politik adalah hanya satu usaha yang kecil tapi memberi makna yang besar iaitu mengundi. Mengikut pandangan saya, seorang pengundi diibaratkan sebagai seorang hakim yang menilai perlakuan dan tindakan pemimpin-pemimpin kita. Sebagai seorang yang menilai kita seharusnya melihat dan mendengar penjelasan,perlakuan,pembangunan, dan pelbagai lagi yang telah dilakukan pemimpin kita termasuk pembangkang.

Bagaimana agaknya sesebuah negara yang ditadbir oleh kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang???

Jadi kita sebagai rakyat malaysia janganlah jadi orang yang dibutakan penglihatan kita dan dipekakkan pendengaran kita. Kita mesti menilai politik di Malaysia ini dengan penuh intelektual dengan cara:-

-menonton televisyen dan youtube(malaysiakini)
-membaca UTUSAN,Harakah,SuaraKeadilan,HarianMetro,SinarHarian

Maksudnya, kita hendaklah menilai kenyataan dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak kerajaan dan pembangkang.

Selepas anda berbuat demikian, barulah anda boleh menilai... kerana sistem di Malaysia ini amat-amatlah berat sebelah...kerana pihak pembangkang tidak dibenarkan menjelaskan isu-isu hangat di media televisyen Malaysia.

Kalau keadaan begini berterusan, bagaimana rakyat hendak menilai?? Sudah tentu siapa yang menonton telivisyen akan menyokong kerajaan. Ini adalah kerana media-media ini akan terus menyiarkan berita-berita yang menampakkan bahawa kerajaan ini seolah-olah mereka adalah yang terbaik.

renung-renungkanlah wahai rakyat malaysia........rakan-rakanku.....

No comments:

Post a Comment