Sunday, June 21, 2009

Boleh ke tidakkk??

Pertama sekali berkenaan boleh ke tidak ni saya tidak perlu ulas panjang-panjang, kerana seperti yang anda semua tahu, Allah S.W.T telah menjadikan kita hamba di muka bumi ini adalah untuk menjadi Khalifah yang bersifat pepimpin.

Oleh itu tidak perlu untuk anda risau tentang boleh atau tidak. Sebagai contoh kenapa hari ini seorang yang cacat penglihatannya telah berjaya menjadi seorang pakar ekonomi di dalam Malaysia??

Kenapa hari ini seorang pemain bola sepak Manchester United iaitu Paul Scholes berjaya cipta nama di kelab itu sedangkan beliau menghidap athma(asma/lelah) ?

Kenapa seorang penjual sayur berjaya menjadi orang terkaya di Malaysia iaitu Lim Goh Tong pemilik Genting Highland?

Kenapa???

Semua ini adalah berbalik kepada kehendak kita atau dengan kata lain NAK ATAU TIDAK?
Pepatah ada mengatakan "Di mana ada kemahuan Di situ ada jalan"

Jadi nasihat saya adalah untuk menjadi seorang yang dapat memenuhi kehendak dan impian sendiri anda perlu:-

-Kehendak/Matlamat/Impian anda mestilah jelas sebagai contoh. Jika anda kata "saya sangat mengimpikan sebuah kereta 'sport'." Kereta 'sport' sahaja tidak mencukupi untuk menjelaskan matlamat anda itu. Anda seharusnya menjelaskannya "saya impikan sebuah kereta sport jenis Subaru Impreza Version 8 warna biru."

-Jangan tunggu impian anda itu jatuh dari langit

Secara rumusannya ialah diri anda adalah segala-galanya di atas muka bumi ini bagi memenuhi kehendak anda itu. Berjuanglah!!

1 comment:

  1. "jgn tggu impian anda jtuh dri langit"

    sye ske ayt tu dan skong 200%.. sememgnyer tiada benda di dunia ni kite perolehi scara percuma.. stiap kjayaan dmulakn dgn usaha seseorg itu utk menjayaknnye.. ttpi usaha shj tdk ckup.. keiginn dihati kite sm ad nk atau xnk yg plg pntg.. klu d hati nyer tertnm keiginn yg sgt tgi,pasti stiap hlgn akn dtempuhinyer dgn sabar.. tepuk dada tanyer slere..nk atau tak???

    ReplyDelete