Friday, June 19, 2009

Tokoh Jutawan !

Secara asasnya laman blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai terutama kepada golongan muda, untuk mendapatkan sedikit sebanyak pengetahuan tentang pengurusan kewangan, cara-cara menjadi seorang yang berjaya, dan banyak lagi yang ingin dikonsikan.

Sebelum kita pergi jauh pertama sekali saya paparkan tokoh2 jutawan yang ada di muka bumi ini supaya anda menjadikan mereka sebagai rujukan.

Berikut adalah tokoh2 jutawan yang saya kagumi. Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jutawan seperti mereka? jika tidak seperti mereka pun, pernahkah anda terfikir untuk menjadi seorang jutawan atau seorang yang berjaya?


Hebatkah mereka?

Perhatikan gambar tokoh di sebelah adakah anda mengenali mereka?

Dari kiri nama beliau ialah Bill Gates. Beliau merupakan seorang jutawan perisian komputer iaitu Microsoft. Pernahkah anda mendengar nama beliau ? Sudah tentu ya! Beliau merupakan orang yang terkaya di dunia.

Dua dari kiri nama beliau ialah
Donald Trump. sudah pasti anda pernah dengar nama beliau bukan? beliau tidaklah sehebat Bill Gates malah tidak tersenarai dikalangan 100 orang terkaya dunia. Beliau terkenal menerusi program the Apprentice yang ditayangkan di televisyen. Donald Trump merupakan seorang jutawan dari bidang hartanah.


TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tokoh di atas merupakan seorang jutawan melayu terkaya di Malaysia. Nama beliau ialah TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Secara asasnya beliau menjadi jutawan dalam bidang penjualan pengangkutan.

Ketahui kisah seorang jutawan ini yang bermula dengan keadaan yang susah. Beliau tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi beliau berjaya membuktikan bahawa beliau juga boleh berjaya.

klik di sini untuk biografi beliau


Irfan Khairi

Tokoh jutawan diatas pula merupakan seorang jutawan muda. Nama beliau ialah Irfan Khairi. Beliau bergelar jutawan semasa beliau berumur 25 tahun. Irfan Khairi menjadi seorang jutawan dengan perniagaan internet.

Ketahui rahsia beliau serta kisah-kisah menarik beliau di:-
- http://www.irfankhairi.com/
-http://www.rahsiainternet.com/

Sudahkah minda anda terbuka?

Jika anda semua perhatikan semua tokoh-tokoh yang telah saya paparkan, anda akan mendapati bahawa mereka semua berjaya menjadi seorang jutawan dengan satu bidang yang sama iaitu PERNIAGAAN.

Ikuti blog saya sekiranya anda ingin menjadi seorang yang berjaya!!

SEKIAN!!

No comments:

Post a Comment