Tuesday, June 30, 2009

Perksakan Pengetahuan Anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apakah yang dimaksudkan dengan perkasakan pengetahuan anda??

Maksud ayat tersebut ialah kita mestilah menjadi seorang yang suka menimba ilmu atau dalam erti kata lain jadilah seorang yang suka menerima maklumat baru.

Untuk jadi seorang yang berpengetahuan ialah dengan cara membaca,mendengar dan melihat.

Pilih la sesuatu bahan yang anda suka untuk baca ataupun sesuatu yang anda minat. Sebagai contoh jika minat anda cenderung terhadap Engineering carilah buku-buku yang berkenaan, serta tonton rancangan-rancangan yang mengandungi unsur-unsur engineering , Discovery Channel cnthnya.

Untuk pengetahuan anda , anda boleh jadi seorang profesional dengan hanya membaca.

Btul ke???

YA! Menurut kajian, seseorang itu akan menjadi profesional serta mahir apabila dia habis membaca 40 buah buku.

Ambil peluang ini dengan banyakkan membaca supaya kita tidak menjadi seorang yang berlagak pandai.

Cuba anda fikir seorang Billionire hartanah iaitu Donald Trump juga masih membaca mengapa tidak KITA?? Logiknya di sini ialah, sebab itu dia boleh berada pada kedudukan itu sekarang berbading dengan kita.

"Seorang yang bijak tidak akan fikir dirinya bijak, manakala orang yang BODOH! merasakan dirinya bijak." Renungkan..

No comments:

Post a Comment